Quantcast
Channel: JUICY CAFE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 246

HONEY & ROSEWATER BAKLAVA

$
0
0
Assalamualaikum..

BAKLAVA secara meluasnya di percayai berasal dari Assyria,  tetapi apabila di google, ada info mengatakan dari Turki, ada juga mengatakan dari Yunani, Lubnan, Armenia dan lain-lain.

BAKLAVA adalah sejenis manisan yang dilapisi dengan 'phillo pastry' bersama kekacang yang mewah dan dituang bersama campuran madu dan manisan di atasnya.

Kali terakhir i membeli dan menjamu BAKLAVA ini adalah pada tahun 2009 di Bazar Ramadhan USJ 3, Subang Jaya, Selangor di mana waktu dan ketika itu i menetap di USJ 1. 

Kini hampir 5 tahun berlalu dan selepas berhijarah ke Johor tidak lagi merasa BAKLAVA, jadi dengan pencarian akhirnya i mendapat resepi di mana i merasakan adalah yang terbaik antara yang terbaik. 

Syukur, dapat juga merasa, biarpun tidak sesedap yang asli dan yang pasti rasa untuk resepi ini memang ada lebih kurang sama. Alhamdulillah. Resepi untuk BAKLAVA ini i dapati DI SINI dan i ada mengurang dan melebihkan mengikut citarasa i. Jom lihat.




Bahan-bahan..
130 gm pistachios*
200 gm walnut*
200 gm badam* - *kisar hampir halus - bakar 10 minit
1/2 biji lemon - sagat kulit dan ambil jusnya
1 sdk serbuk kulit kayu manis
150 gm gula kastor
130 gm mentega - cairkan
375 gm fillo pastry PAMPAS - potong ikut sukatan loyang
100 gm madu
1 batang kulit kayu manis
100 gm air
2 sdk air mawar
20 gm pistachios - hiasan

Cara-caranya..


1. Dalam bekas besar, satukan semua kekacang yang telah dikisar dan dibakar bersama sagatan kulit lemon, serbuk kulit kayu manis dan 50 gm gula kastor, gaul sebati, bahagikan kepada 3 bahagian.




2. Sediakan loyang segi empat bersaiz 10 inci atau 25 cm, sapukan mentega pada keseluruhan loyang, letakkan sekeping fillo pastry yang dipotong sama saiz dengan loyang kemudian sapukan mentega pada keseluruhan fillo pastry.

3. Letak kepingan kedua fillo pastry, sapu rata mentega pada keseluruhan fillo pastry dan ulangi langkah-langkah ini sehingga ke lapisan ke lapan.


4. Tabur dan ratakan 1 bahagian kekacang pada keseluruhan fillo pastry, letakkan fillo pastry semula, sapu rata mentega dan ulangi sehingga lapisan ke tiga.

5. Ulangi taburan bahagian kekacang ke dua bersama 3 lapisan fillo pastry dimana setiap lapisan fillo pastry disapu rata bersama mentega.
6. Ulangi lagi untuk kekacang untuk bahagian yang ketiga bersama 8 keping fillo pastry yang di sapu rata dengan mentega.


7. Potong baklava dengan pisau pemotong pizza mengikut saiz yang dikehendaki.

8. Bakar dalam oven yang telah di panaskan terdahulu dengan suhu 190C selama 30-40 minit atau sehingga keperang-perangan.


9. Sementara itu, satukan baki gula, jus lemon, madu, kulit kayu manis dan air dalam periuk kecil dan panaskan di atas dapur sehingga gula cair, tapiskan, sejukkan dan buang kulit kayu manis.


10. Keluarkan baklava dari loyang, letak air mawar dalam adunan syrup, gaul dan tuang ke dalam baklava yang telah siap di bakar.


11. Sejukkan baklava, keluarkan dari loyang, taburkan pistachios di atas baklava dan sedia dihidangkan.


fillo pastry yang i gunakan..
i beli di tesco, harga dalam kurang dari RM15..



Viewing all articles
Browse latest Browse all 246

Trending Articles